Blogger Widgets

Thursday, February 2, 2012

if today was your last day..

Salam..
Duk dengaq lagu if today was your last day.. by nickelback.. x kenal pon depa nih..haha..
but what if  today was truly your last day? huu.. agak seram untuk aku fikirkan.. ngee.. orang selalu cakap 'amal da cukup ke?' ' alah, kubOr masing2..' 'Umah kata p, kubOr kata mai..' macam2 la..
Tapi yang penting kita tawu dan sedar hakikat, mati tu pasti untuk setiap yang bernyawa kan? githuuu!!! cam ustazah da aku..heee~  Jom share apa aku baca hari ni.. Renung2kan..

Hati kita perlu dihidupkan dengan mengingati mati.Persoalan sekarang ialah dimana kedudukan hati kita. Dimanakah kedudukan kita dari 3 keadaan manusia berikut;


1) manusia yg lupa mati.
2) Manusia yg takut mati.
3) Manusia yang ingat mati.

Cukuplah kematian sebagai Tazkirah. Daripada Ibnu Umar, bertanya seorang Ansar kepada Rasululla, "Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?"
Rasulullah SAW bersabda, "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untknya, mereka itulah orang yang cerdik" (Kitab Baghyatul Haris, vol.1).

MANUSIA LUPA MATI.
Ada manusia sengaja melupakan mati kerana ingin terus bergembira di dunia dan mati baginya seolah2 tidak perlu difikirkannya. Malah mereka sering mengatakan "..kalau asyik ingat mati je, macamana kita nak maju dan berjaya". Golongan ini hanya akan ingat mati apabila ditimpa kesakitan. Minta jauh dari sikap sebegini.

MANUSIA TAKUTKAN MATI.
Bagi golongan ini, mati merupakan 1 trauma yang sangat meresahkan. Mereka ingat mati, namun kesan ingatan mati mereka adalah negatif. Kalau boleh mereka tak ingin wujudnya istilah mati. Sikap ini menyebabkan kemurungan dan sering termenung. Ini berlaku kerana mereka tidak mendapat tarbiah rohaniah yang betul menyebabkan ni jiwa mereka sudah "mati' sebelum mati. In juga berpunca kerana kekurangan ilmu tentang kematian dan tidak bersedia menghadapi mati disebabkan kejahilan dan lambakan dosa2 yang tidak diminta ampun. Golongan ini ubat dia adalah mesti segra bertaubat.

Manusia yang bersedia menghadapi mati akan sentiasa:
1) Berbuat baik (pada diri sendiri, keluarga & masyarakat).
2) Tabah hadapi ujian (redha dengan segala ujian Allah demi mengharapkan kesenagan akhirat).
3) Segera bertaubat (kerana perkara paling hampir adalah mati).

MANUSIA INGAT AKAN MATI.
Golongan ini mempunyai fikiran yang sentiasa menumpukan pada matlamatnya. Ini lah rahsianya mengapa Islam menyarankan agar umatnya sentiasa mngingati mati. Ingat akan mati bukannya sesuatu yang pasif dan jumud, bahkan sesuatu yang dinamik, aktif dan produktif. Ini kerana fokus kepada "KEHIDUPAN SELEPAS KEMTIAN" memerlukan kita berusaha bersungguh2 di dunia sekarang (iaitu sebelum kita mati) sebagai bekalan nanti.

Semoga kita dapat memupuk sikap mengingat mati dalm jiwa kita seterusnya mencintai mati. Semoga umat manusia sekarang menjadi generasi yang mencintai mati.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Ust Pahrol Mohamad Juoi,
Majalah Solusi, Isu No.8 2009)


No comments:

Post a Comment